Friday, July 9, 2010

Pulau Pinang oh Pulau Pinang!!!

Selesai solat Jumaat tadi,ada demonstrasi Selamatkan Orang Melayu dihadapan Masjid Jelutong.Kesian juga melihat mereka,berteriak menuntut keadilan di tengah hujan lebat.Tapi ketepikan yang itu.Bukan itu yang saya ingin ketengahkan.Sebagai posting pertama,saya ingin berkongsi satu keadaan dan perasaan yang sudah lama berbuku dihati sepanjang pemukiman di Pulau Pinang ini.
Sesuatu yang sangat menjengkelkan saya sekian lama di pulau ini ialah jalanraya!Lebih tepat lagi pengguna jalanraya.Saya tidak tahu keadaan di tempat anda tapi sepanjang bergerak di atas jalanraya di pulau ini,seingat saya tidak ada perjalanan saya yang tidak diselangi dengan rungutan,kutukan mahupun sumpahan!!Bukan tidak sabar,tapi cuba anda bayangkan keadaan ini (SEPANJANG MASA SETIAP HARI):
1-Kereta atau motosikal dihadapan anda tiba2 memperlahankan kenderaan dan berhenti,lalu masuk kesimpang kiri dan kanan tanpa memberikan signal.Yang lagi rajin,setelah berhenti baru menyalakan signal.
2-Jalan jem dan setelah diamati,puncanya ialah kereta yang diparking diatas jalan dan dengan selambanya tuannya meninggalkan keretanya dengan menyalakan lampu kecemasan!
3-Kereta atau motosikal dari arah bertentangan yang ingin masuk ke simpang sebelah kiri anda,seakan satu kewajipan kereta itu mesti melebihkan sengetnya sehingga hampir separuh kereta itu berada dilaluan anda.
4-Motosikal yang keluar dari simpang tanpa berhenti terlebih dahulu bahkan andalah yang perlu berhati2 apabila terlihat simpang dan seeloknya memperlahankan kereta anda!
Inilah keadaan yang saya lalui setiap masa setiap hari dan pelbagai lagi kerenah pengguna jalanraya yang menyakitkan dan memanaskan hati.Sudah acapkali saya hampir2 terlibat dengan kemalangan mini gara2 sikap kebanyakan pemandu di sini,sehinggakan otak saya sering tertanya2,macamana mereka ini boleh lulus ujian memandu dan mendapat lesen?Apa yang mereka pelajari di kelas memandu???
Keadaan ini bagaikan sudah menjadi satu budaya yang diamalkan oleh hampir setiap orang.Jangan nanti saya sendiri akan terikut2 dengan budaya ntah apa2 ni.
APA SUDAH JADI NI???

Muqoddimah

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.Asalnya memang tak mau berblog,tak minat!Tapi disebabkan merasakan banyak perkara yang perlu disampaikan dan disuarakan,kena la jugak menceburkan diri dalam dunia blog ni.Moga bermanafaat.